APA ITU KOLAGEN?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan di dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan serta keanjalan kulit dan tisu badan. Kolagen amat penting dalam tubuh kita untuk pembentukan tubuh manusia, membentuk kulit, otot, tendon, kuku, rambut dan juga tulang.
Penghasilan Kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita ankan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Oleh itu, kolagen diambil sebagan minuman kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthiritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembap kulit.
APA ITU PROBIOTIK?
Probiotik adalah bakteria baik yang digunakan untuk memperbaiki keseimbangan flora usus dan bermanfaat dalam pelbagai cara. Probiotik mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap asid dan hempedu untuk memastikan ia mampu hidup di sepanjang saluran gastrousus. Dengan itu, probiotik dapat melindungi kita daripada mikroorganisma, kulat dan virus berbahaya.

MENGAPA PROBIOTIK DIPERLUKAN?
Usus merupakan barisan pertama pertahanan tubuh daripada backteria berbahaya. Perlindungan usus adalah komponen penting dalam system imun yang sihat. Oleh itu, Mikroflora usus yang seimbang membantu memperbaiki pertahanan tubuh untuk melawan penyakit. Ketidakseimbangan flora usus akan menyebabkan pertumbuhan bakteria berbahaya dan yis yang menjurus kepada masaalah kesihatan termasuk masaalah pencernaan dan masaalah lebih kronik seperti penyakit usus.
KZ COLLAGEN
Minuman tambahan KZ-Collagen ini berfungsi engan mengisi kekurangan bekalan kolagen dalam badan kita. Pengambilan kerap minuman tambahan koalgen membuatkan kulit anda dipelihara dan mengurangkan sakit sendi. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi. Oleh itu, ia adalah selamat untuk diambil.
Bagi memaksimumkan fungsi kolagen, kekalkan bekalan kolagen dalam badan anda dengan mengambil minuman tambahan KZ-Collagen. Kebaikan minuman tambahan ini memberikan wajah baru kepada kulit anda dan menjaganya agar tetap sihat, mengurangkan berlakunya garis-garis halus dan kedut, menguatkan kuku dan memperbaiki struktur rambut. Jika minuman ini diambil sebelum bersenam atau apa-apa aktiviti fizikal, fungsi kolagen adalah tahap yang terbaik kerana ia akan meningkatkan tenaga dan pretasi.

FUNGSI KZ-COLLAGEN
Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
Kolagen membantu mengatasi masaalah kekurangan air yang menyebabkan kekeringan kulit sekaligus mencantikkan dan menceriakan kulit serta melambatkan proses penuaan.
Mencantikkan dan menyuburkan rambut
Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis serta rambut dan kuku supaya kekal cantik dan kelihatan lebih bermaya.
Menguatkan tulang
Pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal seterusnya melambatkan osteoporosis, yang tidak dapat dielakkan dengan hanya mengambil kalsium tambahan.
Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmen
Kolagen mempercepatkan pembentukan sel-sel baru, selanjutnya ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan membantu mencerahkan kuliy.
Menegangkan payudaya
Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak, yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat bagi menyokong dan menegangkan payudara agar cantik dan menawan.
CARA PENGAMBILAN
1 uncang setiap hari sebelum sarapan. Lebih enak dihidang sejuk. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
Pengguna pertama kali: 1 uncang sehari. Minum 10-14 kali secara berterusan.
Anda boleh melihat perbezaan dalam 10-14 hari, bergantung kepada tindakbalas system badan individu terhadap pengambilannya.





